Wednesday, 29 September 2010

Music Pursuit sudah, kini Green Concert NGC pula.

Berikut merupakan antara gambar diskusi Rakan Masjid UTP dan pihak jawatankuasa Music Pursuit:






Pihak Rakan Masjid UTP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Music Pursuit kerana sanggup duduk semeja dengan pihak kami untuk sama-sama berdiskusi dalam memastikan keharmonian porgram yang akan dijalankan. Terima kasih juga kepada wakil dari pihak MPP kerana datang untuk menjadi pihak ketiga.

Alhamdulillah,perbincangan yang diadakan pada hari Selasa yang lepas bertempat di bilik MPP berjalan dengan cukup harmoni sekali. Setelah perbincangan selama dua jam, pelbagai idea dan cadangan dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak. Akhirnya, terdapat beberapa perkara yang dipersetujui bersama dan akan dijadikan panduan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Untuk itu, kami betul-betul mengharapkan komitmen dari semua pihak agar apa-apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Siapa kata kami tidak boleh duduk semeja??? Semuanya gembira dengan hasil mesyuarat


Jadi untuk diskusi yang berikutnya, pihak Rakan Masjid UTP akan mengadakan perbincangan dengan pihak Green Concert NGC pada hari Jumaat ini. Objektif diadakan diskusi ini adalah untuk sama-sama bertukar pandangan tentang perjalanan program yang akan dijalankan demi kebaikan semua pihak. Kami mengharapkan agar perbincangan ini juga dapat dilangsungkan dalam suasana yang harmoni. Harapannya agar akan ada kata putus yang akan disepakati bersama.

Untuk akhirnya, kami di pihak Rakan Masjid UTP tidak pernah menyekat keinginan untuk berhibur serta menganjurkan program hiburan. Sebagai manusia, fitrah manusia memang tidak boleh disekat dan dihalang. Namun, apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memastikan hiburan yang diterima itu bermanfaat untuk semua disamping tidak lari dari syariat Islam. Wallahua'lam.


Ketua Penerangan dan Perhubungan Awam,
Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.

Tuesday, 28 September 2010

Hedonisme - Masih ada jalan keluar

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnianya dapat lagi kita mengecapi nikmat sebagai seorang Islam yang beriman kepadaNya. Sesungguhnya keislaman dan keimanan seseorang itu adalah satu karunia daripada Allah kepada hambanya yang terpilih. Agama Islam itu begitu indah sebenarnya. Indahnya Islam sehingga tiada satu apapun yang tidak diberi perhatian dalam Islam. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang melibatkan permasalah masyarakat. Semuanya disentuh oleh Islam sebagai panduan untuk kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Semenjak akhir-akhir ini, Universiti Teknologi PETRONAS sentiasa diserikan dengan pelbagai program mahupun acara yang menarik perhatian ramai pihak. Kami daripada pihak Rakan Masjid UTP melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang positif kerana bukan sahaja kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif. Bahkan kita juga mampu untuk lebih terkehadapan sebagai satu insititusi pengajian tinggi swasta.



Walau bagaimanapun, pihak kami masih melahirkan rasa bimbang tentang penganjuran tiga kosert yang bakal berlansung tidak lama lagi iaitu Green Concert NGC, Music Pursuit dan kosert di tapak Convofair. Kami sebenarnya tidaklah menentang penganjuran program seperti ini kerana Islam sendiri tidak menghalang fitrah manusia untuk berhibur. Rasulullah sendiri dalam satu riwayat membenarkan para sahabat dan isterinya untuk mengalunkan irama muzik ketika menyambut perayaan tertentu. Oleh itu, Islam tidaklah menghalang fitrah manusia tetapi menawarkan jalan terbaik untuk berhibur.

Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa muzik itu sifat asalnya harus didengar. Malah Dr. Yusuf Qaradawi turut menggariskan empat sebab muzik itu menjadi haram. Antaranya, melanggar tatasusila Islam, menyanyi atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat dan berlenggang lenggok, nyanyian itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat dan disertai oleh benda haram seperti minum arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Rakan Masjid UTP sebagai satu badan dakwah di UTP berbesar hati untuk duduk semeja dan berbincang dengan pelbagai pihak dalam menangani masalah ini. Kami terbuka dan sentiasa bersedia menawarkan pertolongan dalam memastikan setiap event menepati kehendak syariat Islam sekadar mampu. Kami sendiri pernah membantu jawatankuasa penganjur talent search dan euphonius sebelum ini dalam masalah seperti ini. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak perubahan berlaku namun kesedaran yang mula timbul menunjukkan masih ada lagi ruang-ruang untuk penambahbaikan. Diharapkan pada masa hadapan, sinar dakwah seperti ini akan menjadi lebih harmoni. Justeru kami bersedia untuk melakukan sesi perbincangan dengan pihak Green Concert NGC, Music Pursuit dan Convofair demi kebaikan semua.



Sebagai pengakhirannya, Rakan Masjid UTP sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa penganjur program-program di UTP kerana sama-sama berusaha dalam merealisasikan visi dan misi UTP. Kami juga menghargai segala kerjasama yang diberikan kepada kami selaku badan dakwah utama di universiti ini dan mengimpikan agar setiap darah yang mengalir dalam diri kita semua sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t. akhir sekali, ingin kami tekan sekali lagi bahawa pihak Rakan Masjid tidak sesekali menghalang penganjuran konsert-konsert di UTP, dan kami bersikap amat terbuka dalam membincangkan sebarang isu yang berkaitan dengannya, demi memastikan kesuburan Islam di bumi UTP ini. Wallahua’lam.

Ketua Penerangan dan Perhubungan Awam,
Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.

Thursday, 23 September 2010

HEDONISME... Satu ancaman!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji kita panjatkan kehadrat Allah kerana masih lagi memberikan kita umur yang panjang untuk bersama-sama dalam meneruskan sesi pembelajaran selepas cuti panjang bagi meraikan Hari Raya Aidilfiti. Bagi pihak Rakan Masjid UTP, tidak terlambat kiranya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Universiti Teknologi PETRONAS dan juga kepada selurh pembaca Suara An-Nur ini.

Puasa yang dijalankan pada tahun ini begitu unik sebenarnya. Disamping kita berpuasa untuk cuba membebaskan diri daripada belenggu nafsu dan syaitan, Malaysia sendiri sebenarnya menyambut satu hari pembebasan selepas beratus tahun dijajah oleh kuasa lain. Perjuangan yang dibawa oleh pejuang-pejuang kemerdekaan ini sewajarnya tidak dilupakan begitu sahaja. Selepas beratus tahun dikuasai kita kembali berjaya memerintah negara sendiri mengikut acuan yang sepatutnya. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan yang kita kembali dijajah. Walaupun tidak dijajah secara fizikal, kita sekarang dijajah dengan pelbagai bentuk serangan minda. Antaranya, fahaman berhibur secara melampau iaitu Hedonisme.



Hedonisme itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju. Berdasarkan sejarah, hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama. Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain. Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang. Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta secara besar-besaran. Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara. Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.

Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, mengunjungi konsert hiburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini. Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata. Budaya ini begitu cepat menular dalam kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di Bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji. Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak. Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.



Justeru, saya mewakili pihak Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS melahirkan rasa bimbang dengan situasi di kampus ini. Untuk makluman pembaca sekalian, sekurang-kurangnya tiga konsert hiburan akan diadakan pada bulan Oktober ini. Antaranya adalah konsert NGC, Music Pursuit dan juga konsert di tapak Convofair. Kami menyeru kepada semua pembaca agar sama-sama berfikir dan merenung kembali akan satu firman Allah:

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al Hadid:20)

Untuk akhirnya, marilah kita bersama-sama dalam membina biah solehah di kampus ini. Moga-moga Allah akan menolong orang yang memperjuangkan agamanya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal. Wallahua’lam.

Saturday, 18 September 2010

"No, you cannot enter! Visiting hours have ended!"

from my friend: Syed Naufal


Al-Fateh Grand Mosque

"No, you cannot enter! Visiting hours have ended!"

"Oh, ok.. But, can I pray inside? Or is it closed?"

"You're a muslim? Where you're from?"

"Yes. We're from Malaysia."

"Why don't you say you're a Muslim?! Are you not proud being a Muslim?"

"I am proud to be a Muslim! It's just not custom to me to announce myself, "I am a Muslim"."

"Then you should say, "I am a Muslim." I'll hug you and say, "Welcome, my brother".. Well of course you can enter. Is he a Muslim too?"

"No, he's not."

"Well, you can bring him inside too. Show him around. Teach him about Islam. Just don't let him touch the Qur'an, OK?"

"OK. Jazakallah khairan kathiran!"


Me and Lucas inside the Grand Mosque

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbth and Salam Sejahtera dear readers,

Above are some of the lines of the dialogue between me and the Imam of Al-Fateh Grand Mosque in Manama City, Bahrain, 2nd September 2010; 23rd Ramadhan 1431.

Well, for a start, me and my friend Lucas (nickname) are exchange students from Malaysia, at Graz University of Technology, Graz, Austria for 6 months. We left Malaysia at 11pm (Malaysian time) to transit at Bahrain, then transit to Frankfurt, Germany. Finally to Graz, Austria. Our transit in Bahrain is for 12 hours, so we decided to wonder around Manama City. We visited the Grand Al-Fateh Mosque near the city in the evening (around 5.00pm), about 1.5 hours after Asar.

That's enough about me. Lets get into the topic. See my picture, and examine it closely. Can u guess what am I going to write? Yeah.. That's it.. If you read the papers/news in Malaysia, you should already know from the first look at my picture.

Getting straight to the point; As a Muslim, for me, the recent issue in Malaysia where YB Teo Nie Ching (DAP MP for Serdang) came to the Surau Al-Huda, Serdang and YB William Leong (PKR Treasurer, Member of Parliament for Selayang PKR) into the Masjid At-Taqwa, Selayang baru, is non other than typical political polemic of Malaysia. I am not being prejudice to the government, but seriously, if anything got to do with Chinese/Indian affairs with Islam, have always been sensitive in Malaysia. Well, typically, Chinese and Indian is common to be known as non-Muslim in Malaysia, right?

YB teo nie ching giving her speech in the Surau Al-Huda, Serdang regarding her donation.

Photo (taken from the blog stated on it): YB William Leong in Masjid At-Taqwa

Anyways, my point in the previous paragraph are;

1. In the context of Race: Why should you prejudice to them (Chinese and Indian-mainly)? We are always being brain-washed that Malaysian are living in Multi-racial society, in harmony. I do NOT agree. Malays typically has always been RACIST. Sorry if I'm being harsh. But its true. Try prove me wrong. I am open-minded, and we can discuss. And to Chinese and Indian out there, you guys, too, ARE racist. Malays: Have you ever heard of words like,"Cina memang macam tu. Sombong", or "Suka menipu je dalam bisnes" or "Orang India (something2)". Sorry, I'm not that familiar with words agains Indians, or Malays.

Try making friends with them. Get to know them. Maybe there are, some of them like in the statement. Maybe there are like that when they are actually not close to you. You just don't realise the potential in them; Eg: You do realise, that majority of all the businesses in Malaysia controlled by Chinese. Or that Malays are very particular about manners and attitude, and you don't see another race in the world that actually is like the Malays. Or do you know that among the most feared army in the old times is the Indians,
because of their courage and straight-forward attitude? So do get to know them., and create that "harmony" multi-racial society. Put away your pride and false perceptions. And that goes to me too.

2. More importantly, in the context of ISLAM: Why do we need to fight or create the tense atmosphere among the races, or the religions when it comes to any of these affairs? For an instance, in the case of YB Teo Nie Ching, a Chinese (or non-muslim) entering the Mosque (surau, actually). Do not simply say, "Cannot, I can't accept this!! No means NO!". let me ask,

Where is your duty of Dakwah with Wisdom (Hikmah)?

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance. (16:125)

Regarding this issue in Malaysia, actually in Islam, non-Muslim can enter the mosque. Refer to the Great Scholars in Islam. You will get the same answer. In this issue, you can visit this blog: http://jiwokelate.wordpress.com/2010/08/30/yb-nie-ching-ching-gembira-bertemu-tok-guru/. However, what I can conclude is, in this issue, is that you can enter a mosque (or a surau, of course), WITH a supervision of a Muslim. Well, you cannot touch the Quran, because you have to be clean and pure (sorry, I don't think the word "pure" can replace what I meant "suci". Or in Arabic, "Thaharah") to actually touch it. Muslim also cannot touch it if he/she is not "suci". We need to take the ablution or "Wudhu'/Air Sembahyang", beforehand, or if haven't Mandi Wajib/janabah after junub, we need to do so to touch the Quran.

Anything with regards to the affair of Islam, refer to Islam. Do not refer to your feelings or "sensitivity" towards a nation/race. Allah said in the Quran,

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
"O ye who believe! Obey God, and obey the Messenger, and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to God and His Messenger, if ye do believe in God and the Last Day: That is best, and most suitable for final determination." (4:59)

He reminded us that, If ye differ in anything among yourselves, refer it to God and His Messenger. Or in other words, refer to Islam. Refer to the Great Scholars. Surely you can resolve the issue without having such hassle in Malaysia. Then, I'd like to share another verse;
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
O ye who believe! stand out firmly for God, as witnesses to fair dealing, and let not the hatred of others
(other race) to you make you swerve to wrong and depart from justice. Be just: that is next to piety: and fear God. For God is well-acquainted with all that ye do. (5:8)


Allah reminded us in this verse, that we should not let hatred of others to you make you swerve to wrong and depart from justice. the word used is "qaum" or "kaum", a Malay word. Do not because of your hatred towards Chinese/Indian people, lets you divert from justice. These
people deserves justice!

3. On both contexts: To all the Non-Muslims all the Muslims out there! Do not be prejudice about Islam! Do not rely on your false perceptions. Please.. Study Islam. Get to know Islam better. Islam covers every single aspects in life. Study the Quran. It IS the greatest book ever, the words of my Lord and your Lord, Allah. It is preserved by Allah Himself till the Doomsday, or the Day of Judgement. Quoting the words from Almarhum Sheikh Ahmad Deedat;

"For instance, if you take all the Quran, every single one, (even in the internet) and destroy ALL (and he means, ALL) of them! Then I will call 7 true Muslims Hafiz (the one who memorize the Quran) from 7 different continents all around the World, (and they do not know each other at all!) to write the Quran. Believe me, you will get the exact same Quran revealed to the Prophet Muhammad SAW 1400 years ago!"

Why is that? Because it is preserve by the Lord Himself. Get to know the True WAY OF LIFE, why are we born on this planet. And I say this because the Quran is not exclusively for Muslims. It is for ALL Mankind (and all other creatures too!). Why did i say that? Because of this verse;

"We sent thee not, but as a Mercy for all creatures." (21:107)

So you should study it (goes to me too!).


Speaking of the verse above, You also need to get to know the personality of the Number 1 Most Influential Person in History,
Front Cover
Muhammad Rasulullah (PBUH), the Last Prophet, Messenger of Allah. ("thee" in the verse refers to Muhammad Rasulullah (PBUH))

Enter Islam wholly (not partially). Be a good Muslim. Do what is told by Allah and His Messenger. Do not do what is forbidden by Allah and His Messenger. DON'T WORRY! If you are born as Chinese, you will die as Chinese. If you're born as an Indian, die as an Indian. If you are Malay, die as Malay. You cannot change your race no matter what you do. And it makes no difference which race you are. However, dying as a Muslim makes a difference.
Allah guarantees you the Heaven/Paradise/Jannah.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
"O ye who believe! Fear God as He should be feared, and die not except in a state of Islam. (3:102)"

ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬
"O ye who believe! Enter into Islam whole-heartedly; and follow not the footsteps of the Evil One; for he is to you an avowed enemy. (2:208)"

The Prophet Muhammad (PBUH) said;

من قال لا اله الا الله دخل الجنة
man qaala laa ilaaha ill-Allah dakhal al-Jannah.
Whoever says, "Laailaaha ill-Allah" enters Paradise."

and the phrase "Laailaaha ill-Allah" meant "No (other) God other than Allah". Take time, and think about it k! Do leave a comment~ Thank you very much for your time! Jazakumullah Khair!

Lucas walking towards the Al-Fateh Grand Mosque (with Hidayah, InsyaAllah)

Monday, 13 September 2010

Rayuan Buat Yang Berhutang Dengan Tok Guru Haji Abbas (http://fuadsyazwan.com/v1/)

Sudah banyak kali saya mendengar berita tentang tenatnya ruh Islam di SMKA Tok Jiring. Dan sudah lama juga saya memendam rasa, tidak menghebohkan perkara ini di khalayak umum, semata demi menjaga nama beberapa individu sambil berharap agar mereka dapat merubah diri sendiri tanpa perlu diberitahu.

Namun raya kali ini, peluang bertemu guru-guru yang masih di SMKA Tok Jiring, merubah sikap saya. Mendengar dengan telinga sendiri dari individu yang bergelumang dengan iklim SMKA Tok Jiring membuat jiwa saya rasa resah dan bimbang. Teruk benarkah sekolah saya ini?

Dan dari cerita-cerita yang didengar, begitulah jadi nya sekolah SMKA Tok Jiring sekarang. Boleh dikatakan tiada beza antara sekolah ini dengan sekolah lain. Gelaran SMKA, bumi Wakafan, cuma tinggal gelaran. Sudah jauh hanyut.

Cukup menyedihkan apabila mendengar kes-kes yang berlaku di sekolah melibatkan para pelajar. Ada yang ditangkap buat kerja tak senonoh dalam tandas, ada yang salin baju di surau sebelum keluar bersama lelaki, ada yang secara terbuka makan dengan alasan tidak boleh puasa, macam-macam. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku di SMKA? Sekolah yang sepatutnya melahirkan pelajar yang bersakhsiah? Yang mempunyai kesedaran agama?

Namun realitinya begitu lah.

Kepada siapa ingin dipersalahkan? Kepada siapa? Kepada guru yang tidak tahu mengajar? Kepada pelajar yang memang tidak berakhlak? Oh tidak. Saya rasa mereka tak patut dipersalahkan.

Kerana guru-guru yang ada di sana, adalah guru yang sama juga ada beberapa tahun lalu. Namun kenapa perkara jahanam begini hanya berlaku sekarang?

Pelajar pula? Dulu rasanya pelajar yang diterima sama saja dengan pelajar hari ini. Tidak logik jika mereka ingin dipersalahkan.

Saya berpendapat bahawa tanggung-jawab memastikan wujudnya iklim Diini di tanah wakafan ini terletak di bahu pihak pentadbir. Di sini lah terdapat beberapa kepelikan yang selalu saya dengar.

Sudah ramai guru-guru hebat yang keluar dari sekolah, mengajar di sekolah lain pula. Boleh dikatakan guru-guru yang masih ada, kebanyakannya adalah guru-guru yang baru, yang tiada pengalaman merasai iklim diini di sekolah bertuah ini.

Pihak petadbir seharusnya muhasabah diri kembali, siapa sebenarnya mereka. Adakah mereka berkuasa untuk menentukan sendiri arah tujuan sekolah ini? Apakah mereka begitu berkuasa untuk mencorakkan pelajar mengikut acuan mereka? Tidak, tidak sama sekali.

Perlu diingat, sekolah ini bukan sekolah baru. Yang dibina atas nama SMKA Tok Jiring. Tidak, ini sekolah yang kita warisi dari Pondok Tok Guru Haji Abbas. Tok Guru sudah menentukan haluan sekolah ini, iaitu haluan agama. Kenapa mesti lari dari haluan ini? Kenapa seolah seperti pihak pentadbir mengambil ringan soal ini? Sudah banyak guru yang komplen mengenai perubahan mendadak dalam iklim Diini di sekolah kita.

Apa sebenarnya tugas pihak pentadbir? Mereka seharusnya sedar bahawa mereka mewarisi sekolah ini dari Tok Guru, bukan dari Kementerian Pelajaran. Sekolah ini dibina atas tanah yang diwakaf oleh Tok Guru, bukan tanah milik Kementerian Pelajaran. Hasrat dan impian Tok Guru lah yang paling utama untuk dijayakan, bukan mengejar ranking.

Dan saya ingin menyeru, kepada anak-anak SMKATJ yang kini sudah berjaya, bergelar peguam, doktor, jurutera, cikgu dan sebagainya. Adalah menjadi tanggung-jawab kita juga untuk mengembalikan kegemilangan sekolah kita.

Apakah kita boleh berdiam diri melihat bagaimana ruh Islam SMKATJ terus dihancur robek? Apakah kita boleh duduk bersahaja tanpa rasa apa-apa tangung-jawab terhadap apa yang berlaku di sekolah kita?

Sudah tiba masa kita wujudkan kumpulan pendesak, kumpulan yang bertanggung-jawab memastikan sekolah ini terus berada di atas landasan yang betul, sebagaimana yang dikehendaki oleh Tok Guru Haji Abbas.

Ingat, sesungguhnya satu kesalahan yang sangat besar bagi kita untuk berdiam diri berlepas tangan dari mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba meruntuhkan ruh SMKATJ, secara sedar atau tidak.

Jika satu hari nanti runtuh SMKATJ, apa mahu kita jawab kepada Tok Guru Haji Abbas? Ingin menyalahkan orang lain?

Apa kita mahu jawab jika Tok Guru bertanya kepada kita, "KAMU BUAT APA DULU??"

Sedarlah wahai anak-anak permata SMKATJ. Sedarlah, sebelum terlambat!

Wallahua'lam.


by Fuad Syazwan Ramli
Monday, September 13, 2010 at 3:28pm

Friday, 10 September 2010

BILA LAGI MAHU BERMULA

Assalamualaikum dan salam seribu keampunan saya ucapkan kepada semua pembaca.

Pada malam ini terasa ingin betul menulis sesuatu selepas lama berfikir. Saya bukanlah orang yang suka untuk menulis. Boleh lihat sahaja berapa bilangan artikel yang saya karang dan buat sendiri. Tapi, malam ini begitu istimewa sekali bagi saya kerana saya sudah mula berfikir kembali. Kembali berfikir disini bukan bermaksud saya tidak berfikir sebelum ini. Tapi, saya telah kembali befikir dengan baik. Anda pula, bila lagi?

Saya teringat akan satu kata-kata dari seorang yang saya kagumi iaitu Dr. Martin Luther King Jr. Apa yang disebut beliau adalah:

“Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase just to take the first step”

Atau boleh saya terjemahkan:
“Ambillah langkah pertama dengan yakin. Kamu tidak perlu melihat keseluruhan tangga, untuk membuat satu langkah keatas”

Apa yang saya faham dari kata-kata beliau adalah; selepas sahaja kamu letakkan sesuatu matlamat, terus sahaja kamu laksanakannya. Apa lagi yang kamu tunggu? Atau kamu menunggu matlamat kamu untuk datang sendiri melayang-layang kearah kamu. Ah, kalau sedemikian apa yang kamu fikirkan. Sungguh kuat imiginasi kamu.

Atau kamu memang suka untuk berimiginasi? Kalau begitu, apa kata saya bawa kamu untuk berimiginasi.

Sekarang, cuba kamu bayangkan yang kamu sekarang sedang berada dalam satu perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki sebuah kereta dalam malam yang gelap. Malam ini, hanya kamu sahaja yang ingin ke sana berjumpa dengan keluargamu. Makanya, tiada kenderaan lain yang kamu temui disepanjang perjalanan kesana. (Teruskan imiginasimu)

Jalan yang kamu lalui pula adalah satu jalan yang agak kelam dan tiada lampu di sepanjang kiri kanan jalan. Maka disaat itu, kamu menghidupkan enjin dan membuka lampu kereta menerangi jalan yang kelam tadi. Kamu memandang kehadapan dan kamu dapati, lampu kereta kamu begitu malap dan tidaklah terlalu terang untuk kamu melihat jauh kehadapan. Walaupun begitu, dalam kedinginan malam itu. Kamu tetap meneruskan perjalanan kerana keluargamu sedang menunggumu di sana. Langkah demi langkah diambil. Kilometer demi kilometer ditempuh. Akhirnya kamu sampai ke destinasi dan berjumpa dengan keluargamu disana. Masihkah kamu BERIMIGINASI???

(^_^)Hentikanlah khayalanmu itu.

Sesungguhnya banyak khayalan akan melambatkan hasil. Maka, ambillah langkah pertamamu. Jadilah seperti pemandu tadi. Mulakan enjinmu dan hidupkan lampumu. Walaupun kamu tidak dapat melihat kesemuanya dari awal, tidak bermaksud kamu tidak akan sampai ke destinasi. Hurm…. Fahamkah akan perkara yang saya cuba sampaikan???
Kalau tidak faham,teruskan berfikir.

KEJAYAAN YANG DIMULAKAN

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membuka kota Konstantinopel bukanlah satu kejayaan yang mudah. Semuanya bermula dari kata-kata seorang insan yang bernama Muhammad. Diikuti oleh harapan dan keinginan yang kuat daripada pengikutnya. Sehinggalah terbukanya kota Konstantinopel untuk mereka.

Persoalannya bukanlah terletak kepada kata-kata daripada insan yang bernama Muhammad. Persoalannya terletak kepada sejauh mana insan tersebut memulakan langkah pertamanya. Bukankah insan itu telah berjaya memulakan langkah pertamanya. Bukan sahaja langkah pertama, bahkan insan ini telah berjaya merealisasikan beribu-ribu langkah lagi jauh kehadapan.

Bergembiralah kita kerana rasul junjungan kita berhijrah ke Madinah. Lalu, baginda membuka Kota Mekah. Dan akhirnya baginda berjaya menyebarkan Islam di seluruh tanah Arab.

Cuba anda bayangkan sekali lagi:
Kalaulah insan ini tidak memulakan langkah pertamanya untuk berhijrah ke Madinah dan kekal di negeri kelahirannya. Mampukah kota KONSTATINOPEL DITAWAN??? Hurm.. saya tanyakan sekali lagi. Fahamkah akan perkara yang saya cuba sampaikan???

Kalau masih tidak faham,teruskanlah berfikir.

Semuanya kembali kepada asas. Selagi tiada langkah pertama,maka selagi itulah tiada matlamat akan dicapai.

Wallahua’lam.
1.57 pagi, 2 Syawal 1431 H, 11 September 2010

Harith Hasyimi bin Hishamudin

Wednesday, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 
Posted by Picasa

Tuesday, 7 September 2010

Ini Bukan Zaman Sufi Haraki Semata-mata (ZONREMAJAISLAM.blogspot.com)

Kita sering diberi kata semangat supaya menjadi seorang sufi yang haraki. Tidak sedikit remaja dan anak muda pada hari ini begitu teruja untuk menjadi seorang sufi yang haraki seolah-olah status itu wajib dikecapi mereka dalam membelah badai duniawi pada hari ini. Untuk itu, beberapa kisah individu yang berpengaruh dan berjasa besar dalam dunia Islam dijadikan burhan (bukti) demi meyakinkan semua supaya mereka juga bercita-cita menjadi seorang sufi yang haraki.

Siapakah sufi haraki?

Merujuk kepada istilah di atas, secara ringkasnya sufi merupakan seorang yang sentiasa melakukan tazkiyyatun nafs dan muhasabah diri sebagai seorang hamba. Ia melazimi dirinya dengan adab dan akhlak terhadap sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Haraki pula merujuk kepada sikap yang responsif terhadap situasi dan isu yang wujud di sekelilingnya dan ditambah pula dengan turut berpartisipasi menghadapi isu-isu yang sedang menari. Oleh itu, secara simplistik sufi yang haraki ialah seorang yang sentiasa membersihkan dirinya dan aktif berpartisipasi dalam isu-isu massa.

Sejarah merakamkan bahawa telah wujud banyak golongan sufi yang haraki sejak zaman nabi saw lagi. Namun begitu, istilah ini telah diberi penjenamaan baru setelah kemunculan Imam Hasan al Banna dengan gerakan Ikhwan Muslimin pada era imperialisme sedang bergejolak. Imam Hasan al Banna merupakan sebuah sosok yang begitu mementingkan penjagaan hati, beradab dengan Allah dan sesama manusia di samping bersama-sama dengan rakan beliau menggerakkan umat Islam dalam menghadapi kebiadapan imperialis kuffar dan tali barut mereka. Beliau juga dirakamkan sebagai salah seorang pengikut kumpulan tarikat Hasafiyyah sewaktu di Mesir dahulu.

Jika pada zaman nabi saw, tabi’ dan tabi’ at tabiin, kelompok ini cukup ramai mewarnai dunia umat Islam. Sebagai contoh Abu Hurairah, Salman al Farisi, keempat-empat khulafa’, Imam Ahmad bin Hanbal dan as Syafie. Era moden terutamanya abad yang ke-20 dan 21 turut merakamkan kemunculan golongan sufi haraki yang bersama-sama menjadi contoh kepada umat Islam dalam meniupkan semangat jihad kepada mereka. Al Maududi, Syed Qutb, Abu Hamid Nasr, M. Natsir, Dr Burhanuddin al Helmy dan banyak lagi ialah nama-nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena ghuraba’ ini.

Sejarah hidup mereka dibukukan oleh kebanyakan pencinta-pencinta perjuangan Islam supaya inspirasi dan idealisme perjuangan mereka terus hidup dan menghidupkan hati-hati yang lalai dan leka.

Meneruskan pembacaan>>

Berpindah Tahap Berfikir (ZONREMAJAISLAM.blogspot.com)

Saya kembali menulis, setelah sebulan berlalu. Syukur Alhamdulillah. Sebulan yang berlalu, saya isi dengan pembacaan beberapa buku di samping jadual aktivisme yang agak padat, tambahan lagi musim peperiksaan yang sedang hidup di kampus Darul Quran. Dalam sebulan itu juga, saya sempat berdiskusi mengenai dinar emas bersama-sama beberapa teman yang lain di Petaling Jaya, iaitu kira-kira seminggu sebelum peperiksaan bermula. Diskusi yang sangat penting dan menarik, cuma isu dan pengetahuan mengenai dinar emas masih terpencil dalam benak kebanyakan mahasiswa dan masyarakat umum. Pada waktu itu juga, sahabat saya sejak di bangku sekolah menengah iaitu Hasbullah telah meminjamkan saya magnum opus Niccolo Machiavelli iaitu The Prince. Sebuah buku kontroversi yang telah menghangatkan pentas intelektualisme dan lebih-lebih lagi dunia politik.

Saya selalu memperingatkan kepada teman-teman saya mengenai peperiksaan tidak seperti yang diperingatkan oleh sesetengah pihak yang telah disuntik jarum exam oriented. Saya mengatakan bahawa kita mesti berhati-hati dengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan lantaran ia berupaya meragut intelektual dan memandulkan cara kita berfikir. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan, tapi jangan sampai kita tertipu dengan ‘kecemerlangan’ kita di atas kertas sedangkan kita sendiri menyedari sejauh mana sangat kefahaman dan ketajaman kita dalam sesuatu subjek. Nota-nota yang dihafal akan luput begitu sahaja dari ingatan, kelas yang dihadiri hanya untuk memastikan kehadiran ke kuliah, bukan lagi sebagai tempat menuntut ilmu. Oleh itu, majlis-majlis ilmu dan buku-buku yang lain akan dipinggirkan begitu sahaja disebabkan ia tidak diperlukan untuk menggapai gilang dalam peperiksaan. Itu pesanan saya.

Meneruskan pembacaan>>

Wednesday, 21 July 2010

Ilmu dan buku

Assalamualaikum wbt.

Ilmu dan kemudahan itu ibarat dua sahabat dan dua saudara sekandung. Kunci kepada segala, kemudahan adalah ilmu. Lihat sahaja kehidupan para ulama’; ibadah mereka mudah dan tersusun rapi. Itulah hasil apabila berjaya menemui hakikat kepada ilmu.

Berbeza pula dengan para penzuhud yang ilmunya masih sangat dangkal. Mereka seperti seorang yang hidupnya tertekan dan menyeksakan. Mereka banyak mendengar perkataan-perkataan yang mereka tidak memahaminya dan masalah-masalah yang tidak difahami penyelesaiannya. Kaum khawarij juga menyimpang kerana permasalahan ini iaitu dangkal dalam memahami permasalah dan penyelesaian yang sebenar.



Oleh itu, carilah ilmu kerana ilmu menjadi penyuluh kehidupan. Diantara perkara yang dapat melegakan hati adalah ilmu yang banyak, pengetahuan yang melimpah dan wawasan yang luas. Orang yang berilmu juga semakin hampir dengan Allah kerana mereka mengetahui hakikat sebenar penciptaan.

Firman Allah:
… hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah orang-orang yang berilmu… (Fathir:28)

Justeru itu,banyakkanlah membaca. Membaca buku akan membuka wawasan kalbu, menghasilkan pelbagai hikmah, meningkatkan kemampuan berfikir, melancarkan lisan dan menghilangkan yang syubhat. Membaca buku adalah hiburan bagi yang menyendiri, teman bicara bagi yang berjaga malam dan kesenangan bagi orang yang merenung. Sebaliknya keengganan untuk mentelaah dan membaca menyebabkan hati mati, fikiran menjadi gersang, modal pengetahuan mejadi layu dan watak menjadi mati.

Hakikatnya, ilmu adalah sumber kepada pencerahan sesuatu tamadun. Lihatlah bagaimana Islam dapat membangun dengan gemilang semasa kerajaan Abbasiyyah. Bukankah kerana ianya datang daripada kecaknaan terhadap nilai sesuatu ilmu. Lihatlah juga, bagaimana Barat berjaya keluar daripada zaman gelapnya. Bukankah juga dengan ilmu pengetahuan.

Sesungguhnya seorang yang berilmu mempunyai dada yang lapang, hati yang tidak sempit, jiwa yang tenang dan wawasan yang luas. Terdapat sebuat syair yang berbunyi:

Ilmu akan bertambah dengan banyak diajarkannya,
Dan akan berkurang, jika terus dipendam begitu sahaja

Justeru, perkongsian sesuatu pengetahuan harus diperkasakan dan diperhebatkan lagi. Para ulama’ dan cendekiawan pada suatu ketika dahulu bersusah payah dalam menulis pelbagai kitab dan menterjemahkannya agar dapat dikongsi kepada seluruh umat manusia. Hal ini kerana, mereka memahami bahawasanya untuk menjernihkan minda dan menggerakkan hati manusia adalah dengan menambahkan ilmu pengetahun mereka.



Penghasilan pelbagai buku yang berbentuk peringatan dan ilmiah harus dipergiatkan lagi. Moga-moga dengan penghasilan buku-buku seperti ini, Allah memberi kefahaman kepada pembacanya untuk mendekatkan diri kepadaNya dan sanggup berjuang bersama-sama dalam jalan dakwah yang penuh liku ini. Hakikatnya, setiap ilmu yang dikongsi adalah untuk menyedarkan manusia bahawasnya tiada apa-apa yang tidak diketahui Allah dan mendekatkan diri kepada pencipta.

Akhir kalam, jauhkanlah keraguan dalam diri anda dengan menyelami lebih banyak ilmu kerana salah satu nikmat berilmu adalah kematangan dalam beribadah dan jadilah seorang yang kakinya berpijak di tanah tetapi cita-citanya tinggi di angkasa.

Sunday, 30 May 2010

KENYATAAN RASMI BERKAITAN ISU JUDI

DARIPADA: Harith Hasyimi bin Hishamudin
KETUA PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, RAKAN MASJID

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir. [ Al-Baqarah: 219 ]

Al-Quran secara jelas telah mengharamkan judi. Tiada pertelingkahan pendapat dalam pengharaman judi dalam kalangan ulama’ kerana hukumnya yang jelas (qat’ie). Walaupun dalam ayat surah al-baqarah ada menerangkan tentang beberapa manfaat bagi manusia, namun, kemudharatan yang lebih besar menjadikan judi adalah haram dari segi hukumnya.

Berkaitan dengan isu terbaru negara yang hangat dibincangkan dalam beberapa minggu ini, iaitu isu yang berkaitan dengan lesen judi yang dikeluarkan kerajaan kepada Berjaya Group sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung nanti. Kami dari pihak Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (RMUTP) mewakili suara mahasiswa melihat tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah yang tidak bijak dan harus diubah. Kami membantah sama sekali tindakan tersebut kerana sama sekali bertentangan dengan syariat Allah s.w.t.



Menyingkap fakta pendapatan cukai judi negara pada tahun 2009; kerajaan Malaysia mencatat kutipan yang rendah iaitu RM 1.199 bilion berbanding pada tahun 2008 dimana kerajaan berjaya mengutip RM 2.32 bilion. Kerajaan mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi. Mungkin apa yang direncanakan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara ada positifnya, namun kesan negatif dan masalah yang akan timbul lebih banyak daripada kebaikannya. Yang pastinya, hukum judi adalah haram.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi tidak kira bangsa dan usia menentang keputusan ini tetapi kerajaan masih tidak bersuara. Mufti-mufti dan Menteri Agama juga seperti tidak memainkan peranan. Kami mewakili suara mahasiswa mengharapkan agar pihak yang terbabit agar lebih keras bersuara demi memastikan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia tidak tercemar. Kami bimbang anak-anak muda akan mula berjinak-jinak dengan judi yang dihalalkan ini. Mahukah kita melihat masa depan negara yang tercinta ini hancur?

Bayangkan sekiranya gejala judi ini menular sebagaimana gejala melihat pornografi di internet. Disini, disertakan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 864 juta setiap tahun. Bayangkan gejala judi ini menular dalam kalangan anak muda, berapa banyakkah pula akan terpengaruh.



Kami juga tertarik dengan isu seorang ahli Parlimen yang dikenankan hukuman kerana tidak melapor kepada mahkamah tentang perkahwinan poligami bersama seorang artis. Kemungkinan besar ahli Parlimen ini akan meringkuk dalam penjara selama sebulan. Sebagai akhirnya, kami melihat begitulah hakikat demokrasi di mana poligami yang sah di sisi Islam telah dijadikan satu kesalahan dan mesti dihukum jika dilakukan tanpa izin mahkamah. Manakala judi yang jelas-jelas haram di sisi Islam, dibolehkan, dibenarkan dan dihalalkan.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). [AlMaidah:90-91]

Tuesday, 18 May 2010

JOM MEMBACA BLOG SAHABAT...

salam penuh kerinduan kepada semua yang membaca.

dah lama xberblog. tak bermaksud xbaca blog langsung.... jom baca blog sahabat ana..

http://zonremajaislam.blogspot.com/2010/05/muntahkan-mitos-itu-wahai-umat.html

Friday, 24 July 2009

Berbuat Baik Terhadap Orang Lain, Melapangkan Dada

Petikan dari La Tahzan

Kebajikan itu sebajik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka akan merasakan "buah"nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak,dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang,tenteram dan damai.

Ketika diri Anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, niscaya Anda akan mendapatkan ketentraman dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan Anda!

Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologis dari kebajikan itu terasa seperti obat-obat manjur yang tersedia di apotik orang-orang yang berhati baik dan bersih. Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam tuntunan akhlak yang berbunyi, "... meski engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."
(Al-Hadits)

Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Gaib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahwa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong, dan meringankan beban sesama. Dengan semua itu, niscaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna, dan juga hakekatnya.


{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

Thursday, 23 July 2009

Hatiku Pasrah

Salam perjuangan kepada para pembaca sekalian,

samada perjuangan yang hampir ataupun perjuangan yang jauh. Semoga beroleh berkah dalam perjuangan sekalian.

Alhamdulillah segala kepujian hanya untukNya yang menjadikan sekalian alam semesta dan menyusun aturnya dengan sempurna tanpa ada sebarang kecacatan sedikitpun.

Selawat serta salam kepada junjungan yang mulia Muhammad s.a.w yang kita harapkan syafaat daripadanya di padang mahsyar nanti. Tempat yang menjadi hisab kepada segala amalan dan perbuatan didunia. Tidak memberi manfaat dan faedah segala amalan yang tidak ikhlas dan hanya keampunanNya menjadi senjata ampuh pada hari tersebut.

Berterima kasih juga kepada para sahabat dengan azam dan kesungguhan mereka, kita sebagai bangsa Melayu dapat menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Namun segala puji kembali kepada Allah yang hanya Dia sahajalah yang mampu memberi hidayah kepada kita,hambaNya yang hina. Dan hanya Dialah yang maha menyembuhkan.



Pengalaman apabila disyaki sebagai pesakit H1N1 bukanlah sesuatu yang manis dan bukanlah boleh digembirakan. Namun jika kita merenung dan berfikir kembali perkara yang telah berlaku, sesungguhnya banyak iktibar dan pengaran dapat dikutip daripada kejadian tersebut.Tidaklah dijadikan kehidupan kita didunia ini sia-sia melainkan untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Maka setiap kejadian yang berlaku keatas kita adalah menjadi perantaraan yang dikurniakan Allah untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Perasaan hari pertama berkuarantin dalam bilik sendiri memberi satu impresi baru tentang kehidupan sebenar dunia ini. Bagaikan ikan yang duduk dalam akuarium melihat kepada pemandangan manusia diluar yang begitu sibuk mengejar duniawi sehingga lupakan kehidupan yang pasti akan kekal abadi. Bersendirian menyebabkan aku berfikir. Mungkin sebab itulah nabi Muhammad sentiasa ke gua hira' untuk beruzlah dan berfikir demi umatnya.

Antara perkara yang difikirkan:

1)Adakah mati itu sesuatu yang gerun?
2)Bagaimana kehidupan selepas mati??? adakah seindah didunia???
3)Kuarantin sendirian sama seperti duduk dalam kubur sendirian... tiada peneman..
4)dan yang teakhir, bila nak bagitahu kat mama tentang benda ini...? Aku begitu mencintaimu sehingga aku tidak sanggup membimbangkan mu wahai ibuku yang ku sayangi... janganlah engakau tangisi diriku kerana akau lebih suka engkau gembira apabila melihatku... Ya Allah, tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang-orang yang solehah...



Banyak sangat perkara yang terfikir. Mungkin Allah menghilangkan matahari dan menggantikannya dengan petir dan kilat, supaya aku boleh melihat pelangi selepas ini. Semoga yang diimipikan menjadi kenyataan.

Satu renungan:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

surah al-zalzalah (99:7-8)

Monday, 13 July 2009

Adakah marahku betul???

Hari ini pada pukul 7.45pagi, seperti biasa saya membaca surat khabar Berita Harian melalui internet. Kedapatan hari ini banyak berita yang membicarakan soal perjuangan dan pembunuhan umat Islam,samada di Timur mahupun di Barat. Di Timur, masalah di China yang disifatkan oleh Perdana Menteri Turki,Recep Tayyip Erdogan sebagai penghapusan etnik dan bangsa oleh negara China terhadap penduduk Uighur berketurunan Islam. Manakala di Barat pula, seorang perempuan warganegara Mesir dibunuh oleh seorang lelaki Jerman hanya kerana memintanya untuk memberikan sedikit laluan kepada anaknya. Di Timur Tengah pula isu Palestin masih lagi menjadi masalah yang tiada penyelesaian. Yang mana bagi saya, penyelesaiannya adalah bangsa Yahudi harus keluar dari tanah Palestin.



Dalam membicarakan isu berkaitan dengan umat Islam ini, kita seharusnya lebih peka dengan keadaan dan kebajikan Umat Islam sedunia. Kesakitan, kepedihan dan kepayahan mereka seharusnya sama-sama kita rasai dan kita perjuangkan. Saya tidak menafikan yang terdapatnya individu yang sanggup bersama-sama menanggung kesusahan ini. Mereka ini menghulurkan bantuan kewangan bahkan ada yang sanggup berjuang bersama-sama sehingga terkorban dalam perjuangan yang penuh suci ini.Namun, setinggi manakah penghayatan dan amarah kita terhadap penghinaan tersebut. Sejauh manakah penghayatan kita. Atau betulkah amarah kita kerana Islam,ataupun kerana perkara yang lain.

Pembaca yang dihormati,
apabila kita memainkan isu Palestin, isu di Iraq mahupun di Afghanistan, kita semua merasa terkesan dengan perkara ini. Bagaimana pula dengan isu seringkas tidak melakukan solat. Adakah amarah kita masih sama seperti isu di Palestin???? Ingatlah, perkataan terakhir yang diucapkan nabi ketika wafatnya adalah "Solat, solat.....". Apakah yang kamu lakukan terhadap wasiat terkhir nabi di dunia ini??? Itulah hubunganmu dengan tuhanmu supaya kamu ketahui solat yang hakiki. Wahai orang yang mendahulukan pekerjaan dunianya atas solatnya dan hawa nafsu sebelum solatnya, mendahulukan tidur sebelum solatnya,Ingatlah perkara pertama yang akan ditanyakan kepada kamu adalah solat!!!!



Jagalah solatmu, perbaikilah bacaanmu dan khusyukkanlah hati dan jiwamu. Sesungguhnya telah berjaya berjaya orang yang khusyuk dalam solat. Hatinya terikat dengan solat. Perbuatannya adalah perbuatan daripda solat. Kerana solat itu pengabdian kita kepada Allah. Apakah yang lebih baik daripada mengabdikan diri kepada Allah?????

Dimanakah amarahmu ketika melihat orang meninggalkan solat? Dimanakah kebencianmu apabila melihat saudara perempuanmu membuka auratnya? Dan dimanakah tangisanmu ketika orang Islam murtad dihadapanmu? Sungguh kamu semua adalah bacul kerana amarahmu bukan keranaNya. Amarahmu dibuat-buat.Islammu adalah celupan. Katamu adalah perhiasan. Hanya cantik diluar namun kosong didalam.

"Sesiapa sahaja melihat kemungkaran, maka hendaklah mencegah ia dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah mencegah ia dengan lisan. Dan sekiranya tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan hati;itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis)

Sunday, 12 July 2009

Kecintaan pada diri

Pada 10 Julai 2009 yang lepas,satu mesej menghinggapi peti mesej saya. Pengirimnya seorang perempuan yang bernama NUJMA. Nama penuhnya saya pun dah tak ingat. Tapi, itulah namanya yang saya tulis dalam telefon saya.

Dalam mesej tersebut tertulis satu firman Allah yang berbunyi:

"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu;tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu"
(Surah Al-Baqarah :216)

Teringat saya cerita tentang Nabi Musa semasa kecil. Baginda diuji okeh Firaun dengan diletakkan dua benda yang berbeza untuk dipilih. Satunya adalah mahkota dan satu lagi adalah bara api yang menyala-nyala. Bagi Firaun, sekiranya Musa yang ketika itu masih kecil lagi memilih mahkota;maka Musa akan dibunuh. Alasannya Musa pada masa hadapan akan menjadi seorang yang bijak dan akan menumbangkan kerajaannya. Begitulah pula jika Musa memilih bara api;Musa akan terselamat kerana dianggap sebagai bodoh dan dungu.

Pada saat Nabi Allah Musa hendak diuji, baginda diletakkan diatas lantai. Dihadapannya diletakkan mahkota pada sebelah kanan dan di sebelah kiri pulak adalah bara api yang meluap-luap. Musa a.s ketika itu dibiarkan bersendirian dan pada kelazimannya mestilah Musa a.s akan memilih mahkota berbanding bara api. Hampir-hampir sahaja Musa pergi ke arah mahkota,namun Allah menjadikan bara api itu cantik pada mata Musa a.s. Maka Musa a.s pun membelok kearah kirinya dan mengambil bara api itu lalu cuba untuk memakannya. Selamatlah Musa a.s daripada ambang maut ketika itu dan menangislah Musa kerana mulutnya yang sakit dan berteriaklah Maryam memarahi Firaun kerana menyalah anggapi Musa. Firaun terasa lega dan terselamatlah Musa pada kali ini.

Terselamat kerana pilihan Allah,bukan yang dipilih oleh Musa.

Cerita yang menjadi ibrah kepada diri saya pada ketika ini. Ketika saya menyukai sesuatu, saya melakukannya dengan sepenuh daya. Sedangkan ianya tidak langsung memberi manfaat kepada saya. Bahkan menambahkan lagi kerugian untuk saya. Akan tetapi apabila sesuatu yang dibuat kurang disukai oleh saya, saya membuatnya sambil lewa dan tidak serius. Hasilnya, kadang-kadang mendatangkan keburukan dan kadang-kadang tidak memberi apa-apa kesan.

Timbulnya perkara yang disukai dan tidak disukai adalah kerana kecintaan pada diri sendiri. Dibuat perkara yang disukai kerana roh dan jasad kita suka untuk membuatnya. Dan kita mencintai roh dan jasad tersebut. Begitulah juga sebaliknya. Namun, pada hakikatnya kecintaan tersebut adalah berbentuk dunia dan tidak menghampirkan diri kepada pencipta. Contohnya, jasad dan roh suka akan rehat iaitu tidur yakni memberi tenaga dan tidak membebankan. Dan kecintaan kita pada roh dan jasad membuatkan diri kita sentiasa lena dibuai mimpi. Begitu jugalah sebaliknya jika perkara itu tidak kita sukai.

Hari ini, saya diberikan beberapa pilihan dalam melakukan sesuatu perkara. Dan seperti kebanyakan manusia yang lain, saya lebih mencintai diri saya sendiri. Kesannya, perkara yang dilaksanakan kurang menjadi dan tidak seperti yang diharapkan. Rasulullah dalam satu hadis pernah berkata:

"Aku tidak takut umatku terjebak kedalam syirik, namun apa yang paling kutakuti adalah mereka leka dengan mencintai dunia dan terjebak kedalamnya."

Sahabat, rakan, teman dan pembaca yang mencari kerahmatan Allah sekalian; bermuhasabahlah. Kerana muhasabah itu mampu menjadi penawar kepada kita.