Pada 10 Julai 2009 yang lepas,satu mesej menghinggapi peti mesej saya. Pengirimnya seorang perempuan yang bernama NUJMA. Nama penuhnya saya pun dah tak ingat. Tapi, itulah namanya yang saya tulis dalam telefon saya.
Dalam mesej tersebut tertulis satu firman Allah yang berbunyi:
"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu;tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu"
(Surah Al-Baqarah :216)
Teringat saya cerita tentang Nabi Musa semasa kecil. Baginda diuji okeh Firaun dengan diletakkan dua benda yang berbeza untuk dipilih. Satunya adalah mahkota dan satu lagi adalah bara api yang menyala-nyala. Bagi Firaun, sekiranya Musa yang ketika itu masih kecil lagi memilih mahkota;maka Musa akan dibunuh. Alasannya Musa pada masa hadapan akan menjadi seorang yang bijak dan akan menumbangkan kerajaannya. Begitulah pula jika Musa memilih bara api;Musa akan terselamat kerana dianggap sebagai bodoh dan dungu.
Pada saat Nabi Allah Musa hendak diuji, baginda diletakkan diatas lantai. Dihadapannya diletakkan mahkota pada sebelah kanan dan di sebelah kiri pulak adalah bara api yang meluap-luap. Musa a.s ketika itu dibiarkan bersendirian dan pada kelazimannya mestilah Musa a.s akan memilih mahkota berbanding bara api. Hampir-hampir sahaja Musa pergi ke arah mahkota,namun Allah menjadikan bara api itu cantik pada mata Musa a.s. Maka Musa a.s pun membelok kearah kirinya dan mengambil bara api itu lalu cuba untuk memakannya. Selamatlah Musa a.s daripada ambang maut ketika itu dan menangislah Musa kerana mulutnya yang sakit dan berteriaklah Maryam memarahi Firaun kerana menyalah anggapi Musa. Firaun terasa lega dan terselamatlah Musa pada kali ini.
Terselamat kerana pilihan Allah,bukan yang dipilih oleh Musa.
Cerita yang menjadi ibrah kepada diri saya pada ketika ini. Ketika saya menyukai sesuatu, saya melakukannya dengan sepenuh daya. Sedangkan ianya tidak langsung memberi manfaat kepada saya. Bahkan menambahkan lagi kerugian untuk saya. Akan tetapi apabila sesuatu yang dibuat kurang disukai oleh saya, saya membuatnya sambil lewa dan tidak serius. Hasilnya, kadang-kadang mendatangkan keburukan dan kadang-kadang tidak memberi apa-apa kesan.
Timbulnya perkara yang disukai dan tidak disukai adalah kerana kecintaan pada diri sendiri. Dibuat perkara yang disukai kerana roh dan jasad kita suka untuk membuatnya. Dan kita mencintai roh dan jasad tersebut. Begitulah juga sebaliknya. Namun, pada hakikatnya kecintaan tersebut adalah berbentuk dunia dan tidak menghampirkan diri kepada pencipta. Contohnya, jasad dan roh suka akan rehat iaitu tidur yakni memberi tenaga dan tidak membebankan. Dan kecintaan kita pada roh dan jasad membuatkan diri kita sentiasa lena dibuai mimpi. Begitu jugalah sebaliknya jika perkara itu tidak kita sukai.
Hari ini, saya diberikan beberapa pilihan dalam melakukan sesuatu perkara. Dan seperti kebanyakan manusia yang lain, saya lebih mencintai diri saya sendiri. Kesannya, perkara yang dilaksanakan kurang menjadi dan tidak seperti yang diharapkan. Rasulullah dalam satu hadis pernah berkata:
"Aku tidak takut umatku terjebak kedalam syirik, namun apa yang paling kutakuti adalah mereka leka dengan mencintai dunia dan terjebak kedalamnya."
Sahabat, rakan, teman dan pembaca yang mencari kerahmatan Allah sekalian; bermuhasabahlah. Kerana muhasabah itu mampu menjadi penawar kepada kita.
3 comments:
sapo nujma tu??nak tau!!=)
btw.post ni memang amat bagus.tapi boleh tak jelaskan takrifan MUHASABAH DIRI secara praktikal?insaf dan perbaiki?huhuhu..nak taw ea abg harith..=)
nujma tu kawan lama :-)
Post a Comment