Dalam membicarakan isu berkaitan dengan umat Islam ini, kita seharusnya lebih peka dengan keadaan dan kebajikan Umat Islam sedunia. Kesakitan, kepedihan dan kepayahan mereka seharusnya sama-sama kita rasai dan kita perjuangkan. Saya tidak menafikan yang terdapatnya individu yang sanggup bersama-sama menanggung kesusahan ini. Mereka ini menghulurkan bantuan kewangan bahkan ada yang sanggup berjuang bersama-sama sehingga terkorban dalam perjuangan yang penuh suci ini.Namun, setinggi manakah penghayatan dan amarah kita terhadap penghinaan tersebut. Sejauh manakah penghayatan kita. Atau betulkah amarah kita kerana Islam,ataupun kerana perkara yang lain.
Pembaca yang dihormati,
apabila kita memainkan isu Palestin, isu di Iraq mahupun di Afghanistan, kita semua merasa terkesan dengan perkara ini. Bagaimana pula dengan isu seringkas tidak melakukan solat. Adakah amarah kita masih sama seperti isu di Palestin???? Ingatlah, perkataan terakhir yang diucapkan nabi ketika wafatnya adalah "Solat, solat.....". Apakah yang kamu lakukan terhadap wasiat terkhir nabi di dunia ini??? Itulah hubunganmu dengan tuhanmu supaya kamu ketahui solat yang hakiki. Wahai orang yang mendahulukan pekerjaan dunianya atas solatnya dan hawa nafsu sebelum solatnya, mendahulukan tidur sebelum solatnya,Ingatlah perkara pertama yang akan ditanyakan kepada kamu adalah solat!!!!

Jagalah solatmu, perbaikilah bacaanmu dan khusyukkanlah hati dan jiwamu. Sesungguhnya telah berjaya berjaya orang yang khusyuk dalam solat. Hatinya terikat dengan solat. Perbuatannya adalah perbuatan daripda solat. Kerana solat itu pengabdian kita kepada Allah. Apakah yang lebih baik daripada mengabdikan diri kepada Allah?????
Dimanakah amarahmu ketika melihat orang meninggalkan solat? Dimanakah kebencianmu apabila melihat saudara perempuanmu membuka auratnya? Dan dimanakah tangisanmu ketika orang Islam murtad dihadapanmu? Sungguh kamu semua adalah bacul kerana amarahmu bukan keranaNya. Amarahmu dibuat-buat.Islammu adalah celupan. Katamu adalah perhiasan. Hanya cantik diluar namun kosong didalam.
"Sesiapa sahaja melihat kemungkaran, maka hendaklah mencegah ia dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah mencegah ia dengan lisan. Dan sekiranya tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan hati;itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis)
No comments:
Post a Comment