Thursday, 23 July 2009

Hatiku Pasrah

Salam perjuangan kepada para pembaca sekalian,

samada perjuangan yang hampir ataupun perjuangan yang jauh. Semoga beroleh berkah dalam perjuangan sekalian.

Alhamdulillah segala kepujian hanya untukNya yang menjadikan sekalian alam semesta dan menyusun aturnya dengan sempurna tanpa ada sebarang kecacatan sedikitpun.

Selawat serta salam kepada junjungan yang mulia Muhammad s.a.w yang kita harapkan syafaat daripadanya di padang mahsyar nanti. Tempat yang menjadi hisab kepada segala amalan dan perbuatan didunia. Tidak memberi manfaat dan faedah segala amalan yang tidak ikhlas dan hanya keampunanNya menjadi senjata ampuh pada hari tersebut.

Berterima kasih juga kepada para sahabat dengan azam dan kesungguhan mereka, kita sebagai bangsa Melayu dapat menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Namun segala puji kembali kepada Allah yang hanya Dia sahajalah yang mampu memberi hidayah kepada kita,hambaNya yang hina. Dan hanya Dialah yang maha menyembuhkan.



Pengalaman apabila disyaki sebagai pesakit H1N1 bukanlah sesuatu yang manis dan bukanlah boleh digembirakan. Namun jika kita merenung dan berfikir kembali perkara yang telah berlaku, sesungguhnya banyak iktibar dan pengaran dapat dikutip daripada kejadian tersebut.Tidaklah dijadikan kehidupan kita didunia ini sia-sia melainkan untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Maka setiap kejadian yang berlaku keatas kita adalah menjadi perantaraan yang dikurniakan Allah untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Perasaan hari pertama berkuarantin dalam bilik sendiri memberi satu impresi baru tentang kehidupan sebenar dunia ini. Bagaikan ikan yang duduk dalam akuarium melihat kepada pemandangan manusia diluar yang begitu sibuk mengejar duniawi sehingga lupakan kehidupan yang pasti akan kekal abadi. Bersendirian menyebabkan aku berfikir. Mungkin sebab itulah nabi Muhammad sentiasa ke gua hira' untuk beruzlah dan berfikir demi umatnya.

Antara perkara yang difikirkan:

1)Adakah mati itu sesuatu yang gerun?
2)Bagaimana kehidupan selepas mati??? adakah seindah didunia???
3)Kuarantin sendirian sama seperti duduk dalam kubur sendirian... tiada peneman..
4)dan yang teakhir, bila nak bagitahu kat mama tentang benda ini...? Aku begitu mencintaimu sehingga aku tidak sanggup membimbangkan mu wahai ibuku yang ku sayangi... janganlah engakau tangisi diriku kerana akau lebih suka engkau gembira apabila melihatku... Ya Allah, tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang-orang yang solehah...



Banyak sangat perkara yang terfikir. Mungkin Allah menghilangkan matahari dan menggantikannya dengan petir dan kilat, supaya aku boleh melihat pelangi selepas ini. Semoga yang diimipikan menjadi kenyataan.

Satu renungan:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

surah al-zalzalah (99:7-8)

1 comment:

Bukhari Razali said...

hurmmm..btw photo sape tuu??