Friday, 24 July 2009

Berbuat Baik Terhadap Orang Lain, Melapangkan Dada

Petikan dari La Tahzan

Kebajikan itu sebajik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka akan merasakan "buah"nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak,dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang,tenteram dan damai.

Ketika diri Anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, niscaya Anda akan mendapatkan ketentraman dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan Anda!

Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologis dari kebajikan itu terasa seperti obat-obat manjur yang tersedia di apotik orang-orang yang berhati baik dan bersih. Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam tuntunan akhlak yang berbunyi, "... meski engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."
(Al-Hadits)

Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Gaib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahwa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong, dan meringankan beban sesama. Dengan semua itu, niscaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna, dan juga hakekatnya.


{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

Thursday, 23 July 2009

Hatiku Pasrah

Salam perjuangan kepada para pembaca sekalian,

samada perjuangan yang hampir ataupun perjuangan yang jauh. Semoga beroleh berkah dalam perjuangan sekalian.

Alhamdulillah segala kepujian hanya untukNya yang menjadikan sekalian alam semesta dan menyusun aturnya dengan sempurna tanpa ada sebarang kecacatan sedikitpun.

Selawat serta salam kepada junjungan yang mulia Muhammad s.a.w yang kita harapkan syafaat daripadanya di padang mahsyar nanti. Tempat yang menjadi hisab kepada segala amalan dan perbuatan didunia. Tidak memberi manfaat dan faedah segala amalan yang tidak ikhlas dan hanya keampunanNya menjadi senjata ampuh pada hari tersebut.

Berterima kasih juga kepada para sahabat dengan azam dan kesungguhan mereka, kita sebagai bangsa Melayu dapat menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Namun segala puji kembali kepada Allah yang hanya Dia sahajalah yang mampu memberi hidayah kepada kita,hambaNya yang hina. Dan hanya Dialah yang maha menyembuhkan.



Pengalaman apabila disyaki sebagai pesakit H1N1 bukanlah sesuatu yang manis dan bukanlah boleh digembirakan. Namun jika kita merenung dan berfikir kembali perkara yang telah berlaku, sesungguhnya banyak iktibar dan pengaran dapat dikutip daripada kejadian tersebut.Tidaklah dijadikan kehidupan kita didunia ini sia-sia melainkan untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Maka setiap kejadian yang berlaku keatas kita adalah menjadi perantaraan yang dikurniakan Allah untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Perasaan hari pertama berkuarantin dalam bilik sendiri memberi satu impresi baru tentang kehidupan sebenar dunia ini. Bagaikan ikan yang duduk dalam akuarium melihat kepada pemandangan manusia diluar yang begitu sibuk mengejar duniawi sehingga lupakan kehidupan yang pasti akan kekal abadi. Bersendirian menyebabkan aku berfikir. Mungkin sebab itulah nabi Muhammad sentiasa ke gua hira' untuk beruzlah dan berfikir demi umatnya.

Antara perkara yang difikirkan:

1)Adakah mati itu sesuatu yang gerun?
2)Bagaimana kehidupan selepas mati??? adakah seindah didunia???
3)Kuarantin sendirian sama seperti duduk dalam kubur sendirian... tiada peneman..
4)dan yang teakhir, bila nak bagitahu kat mama tentang benda ini...? Aku begitu mencintaimu sehingga aku tidak sanggup membimbangkan mu wahai ibuku yang ku sayangi... janganlah engakau tangisi diriku kerana akau lebih suka engkau gembira apabila melihatku... Ya Allah, tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang-orang yang solehah...



Banyak sangat perkara yang terfikir. Mungkin Allah menghilangkan matahari dan menggantikannya dengan petir dan kilat, supaya aku boleh melihat pelangi selepas ini. Semoga yang diimipikan menjadi kenyataan.

Satu renungan:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

surah al-zalzalah (99:7-8)

Monday, 13 July 2009

Adakah marahku betul???

Hari ini pada pukul 7.45pagi, seperti biasa saya membaca surat khabar Berita Harian melalui internet. Kedapatan hari ini banyak berita yang membicarakan soal perjuangan dan pembunuhan umat Islam,samada di Timur mahupun di Barat. Di Timur, masalah di China yang disifatkan oleh Perdana Menteri Turki,Recep Tayyip Erdogan sebagai penghapusan etnik dan bangsa oleh negara China terhadap penduduk Uighur berketurunan Islam. Manakala di Barat pula, seorang perempuan warganegara Mesir dibunuh oleh seorang lelaki Jerman hanya kerana memintanya untuk memberikan sedikit laluan kepada anaknya. Di Timur Tengah pula isu Palestin masih lagi menjadi masalah yang tiada penyelesaian. Yang mana bagi saya, penyelesaiannya adalah bangsa Yahudi harus keluar dari tanah Palestin.



Dalam membicarakan isu berkaitan dengan umat Islam ini, kita seharusnya lebih peka dengan keadaan dan kebajikan Umat Islam sedunia. Kesakitan, kepedihan dan kepayahan mereka seharusnya sama-sama kita rasai dan kita perjuangkan. Saya tidak menafikan yang terdapatnya individu yang sanggup bersama-sama menanggung kesusahan ini. Mereka ini menghulurkan bantuan kewangan bahkan ada yang sanggup berjuang bersama-sama sehingga terkorban dalam perjuangan yang penuh suci ini.Namun, setinggi manakah penghayatan dan amarah kita terhadap penghinaan tersebut. Sejauh manakah penghayatan kita. Atau betulkah amarah kita kerana Islam,ataupun kerana perkara yang lain.

Pembaca yang dihormati,
apabila kita memainkan isu Palestin, isu di Iraq mahupun di Afghanistan, kita semua merasa terkesan dengan perkara ini. Bagaimana pula dengan isu seringkas tidak melakukan solat. Adakah amarah kita masih sama seperti isu di Palestin???? Ingatlah, perkataan terakhir yang diucapkan nabi ketika wafatnya adalah "Solat, solat.....". Apakah yang kamu lakukan terhadap wasiat terkhir nabi di dunia ini??? Itulah hubunganmu dengan tuhanmu supaya kamu ketahui solat yang hakiki. Wahai orang yang mendahulukan pekerjaan dunianya atas solatnya dan hawa nafsu sebelum solatnya, mendahulukan tidur sebelum solatnya,Ingatlah perkara pertama yang akan ditanyakan kepada kamu adalah solat!!!!



Jagalah solatmu, perbaikilah bacaanmu dan khusyukkanlah hati dan jiwamu. Sesungguhnya telah berjaya berjaya orang yang khusyuk dalam solat. Hatinya terikat dengan solat. Perbuatannya adalah perbuatan daripda solat. Kerana solat itu pengabdian kita kepada Allah. Apakah yang lebih baik daripada mengabdikan diri kepada Allah?????

Dimanakah amarahmu ketika melihat orang meninggalkan solat? Dimanakah kebencianmu apabila melihat saudara perempuanmu membuka auratnya? Dan dimanakah tangisanmu ketika orang Islam murtad dihadapanmu? Sungguh kamu semua adalah bacul kerana amarahmu bukan keranaNya. Amarahmu dibuat-buat.Islammu adalah celupan. Katamu adalah perhiasan. Hanya cantik diluar namun kosong didalam.

"Sesiapa sahaja melihat kemungkaran, maka hendaklah mencegah ia dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah mencegah ia dengan lisan. Dan sekiranya tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan hati;itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis)

Sunday, 12 July 2009

Kecintaan pada diri

Pada 10 Julai 2009 yang lepas,satu mesej menghinggapi peti mesej saya. Pengirimnya seorang perempuan yang bernama NUJMA. Nama penuhnya saya pun dah tak ingat. Tapi, itulah namanya yang saya tulis dalam telefon saya.

Dalam mesej tersebut tertulis satu firman Allah yang berbunyi:

"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu;tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu"
(Surah Al-Baqarah :216)

Teringat saya cerita tentang Nabi Musa semasa kecil. Baginda diuji okeh Firaun dengan diletakkan dua benda yang berbeza untuk dipilih. Satunya adalah mahkota dan satu lagi adalah bara api yang menyala-nyala. Bagi Firaun, sekiranya Musa yang ketika itu masih kecil lagi memilih mahkota;maka Musa akan dibunuh. Alasannya Musa pada masa hadapan akan menjadi seorang yang bijak dan akan menumbangkan kerajaannya. Begitulah pula jika Musa memilih bara api;Musa akan terselamat kerana dianggap sebagai bodoh dan dungu.

Pada saat Nabi Allah Musa hendak diuji, baginda diletakkan diatas lantai. Dihadapannya diletakkan mahkota pada sebelah kanan dan di sebelah kiri pulak adalah bara api yang meluap-luap. Musa a.s ketika itu dibiarkan bersendirian dan pada kelazimannya mestilah Musa a.s akan memilih mahkota berbanding bara api. Hampir-hampir sahaja Musa pergi ke arah mahkota,namun Allah menjadikan bara api itu cantik pada mata Musa a.s. Maka Musa a.s pun membelok kearah kirinya dan mengambil bara api itu lalu cuba untuk memakannya. Selamatlah Musa a.s daripada ambang maut ketika itu dan menangislah Musa kerana mulutnya yang sakit dan berteriaklah Maryam memarahi Firaun kerana menyalah anggapi Musa. Firaun terasa lega dan terselamatlah Musa pada kali ini.

Terselamat kerana pilihan Allah,bukan yang dipilih oleh Musa.

Cerita yang menjadi ibrah kepada diri saya pada ketika ini. Ketika saya menyukai sesuatu, saya melakukannya dengan sepenuh daya. Sedangkan ianya tidak langsung memberi manfaat kepada saya. Bahkan menambahkan lagi kerugian untuk saya. Akan tetapi apabila sesuatu yang dibuat kurang disukai oleh saya, saya membuatnya sambil lewa dan tidak serius. Hasilnya, kadang-kadang mendatangkan keburukan dan kadang-kadang tidak memberi apa-apa kesan.

Timbulnya perkara yang disukai dan tidak disukai adalah kerana kecintaan pada diri sendiri. Dibuat perkara yang disukai kerana roh dan jasad kita suka untuk membuatnya. Dan kita mencintai roh dan jasad tersebut. Begitulah juga sebaliknya. Namun, pada hakikatnya kecintaan tersebut adalah berbentuk dunia dan tidak menghampirkan diri kepada pencipta. Contohnya, jasad dan roh suka akan rehat iaitu tidur yakni memberi tenaga dan tidak membebankan. Dan kecintaan kita pada roh dan jasad membuatkan diri kita sentiasa lena dibuai mimpi. Begitu jugalah sebaliknya jika perkara itu tidak kita sukai.

Hari ini, saya diberikan beberapa pilihan dalam melakukan sesuatu perkara. Dan seperti kebanyakan manusia yang lain, saya lebih mencintai diri saya sendiri. Kesannya, perkara yang dilaksanakan kurang menjadi dan tidak seperti yang diharapkan. Rasulullah dalam satu hadis pernah berkata:

"Aku tidak takut umatku terjebak kedalam syirik, namun apa yang paling kutakuti adalah mereka leka dengan mencintai dunia dan terjebak kedalamnya."

Sahabat, rakan, teman dan pembaca yang mencari kerahmatan Allah sekalian; bermuhasabahlah. Kerana muhasabah itu mampu menjadi penawar kepada kita.

Saturday, 11 July 2009

Kejayaan yang tiada (kalau)

Once you learn to quit, it becomes a habit.

kata-kata ini dipetik daripada seorang jurulatih bola keranjang NBA,Vince Lombard yang mengecapi 5 kejuaraan berturut-turut dalam kariernya. Namun frasa-frasa yang indah ini sebenarnya saya petik daripada sebuah novel yang menggetarkan hati karangan Habiburrahman El-Shirazy, seorang penulis novel Indonesia yang masyhur. Masyhur kerana novelnya dan juga masyhur kerana ketinggian ilmunya dalam bidang agama. Semuanya dicurahkan kedalam novel-novel tulisannya. Ketika Cinta Bertasbih memaparkan seorang watak pemuda yang dikenali sebaga Azzam yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar,Mesir iaitu universiti tertua dalam dunia Islam. Diringkaskan cerita, ketika tahun pertama pengajiannya, ayahnya telah kembali ke pangkuan Ilahi dan meninggalkan emak dan adik-adiknya yang seramai 3 orang di Indonesia.

Azzam merasa bertanggungjawab untuk menyara keluarganya dan sanggup mengorbankan masanya demi membantu meringankan bebannya di Indonesia. Hampir 9 tahun pelajarannya tertangguh semata-mata untuk memberi duit kepada keluarganya. Itulah pengorbanan seorang anak kepada ibunya dan pengorbanan seorang abang kepada adik-adiknya.Di tahun terakhir pengajiannya, Azzam berjaya lulus dengan baik dan akhirnya kembali semula ke tanah air bertemu ibunya selepas 9 tahun tidak ketemu.



Cerita diatas hanyalah sekadar satu perkongsian yang boleh dijadikan iktibar bersama. Menjadi satu ibrah sebagai pedoman dalam kehidupan ini.

Disaat saya menulis blog ini, ianya belum masuk 24 jam selepas mengetahui keputusan ujian bagu semester ini. Alhamdulillah, saya memperoleh 3.31(CGPA). Namun, satu perasaan bersalah bercampur tercabar datang dalam diri saya ketika ini. Sebabnya:

Target Awal Semester: >3.5
Target Selepas dapat Coursework Mark: 3.45
Target Selepas Jawab Semua Kertas: 3.5



akhirnya result sebenar~3.31 sahaja.

Agak kecewa dengan prestasi semasa dan juga diri sendiri. Terbayang dalam fikiran semua perkara yang dilakukan semester lepas. Haish.......

Kalaulah aku study betul2....
Kalaulah aku xmain2....
Kalaulah aku fokus masa lecturer mengajar...
Kalaulah aku buat assignment betul2....
Kalau...
Kala....
Kal...
Ka..
K..

Banyak sangat "kalau" ni... kalau masuk bab fekah ni confirm xlepas.... sebab dalam menentukan hukum ni, xder yang kalau.... semuanya kena jelas dan pasti...

Sebab tu pada saat ini saya merasa terkesan dengan kata-kata vince lombard(walaupun baru tahu nama),agar tidak berputus asa dalam hidup. Matlamat kita hidup ini hanyalah satu,namun matlamat semasa hidup ada beribu. Semuanya perlu untuk ditunaikan. Jasad kita ada hak keatas kita, roh juga ada hak ke atas kita. Berilah jasad kejayaan dan kesenangan didunia.Namun berilah juga roh kesenangan dan kejayaan diakhirat.

Sebelum saya menaip bait-bait terakhir ini,marilah kita sama-sama renungi sebuah firman Allah dalam Al-Quran:

"Sekiranya kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong kamu dan memperteguh kedudukan kamu."
(Surah Muhammad :7)

Wallahua'lam,semoga mendapat manfaat daripada yang sedikit ini.