Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).
Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat nanti).
Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
Friday, 12 September 2008
Khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan
Tuesday, 2 September 2008
Segenggam Pasir dan Seikat Ranting
Bismillahhirrahmanirrahim.
Permulaan 3 Ramadhan begitu menggamit jiwa dan perasaan ini. Selepas sekian lama mencari satu sinar,akhirnya berjaya juga aku temui sebutir mutiara yang boleh digilapkan menjadi sebutir permata. Bukan hendak bermadah, cuma hati terasa pilu dan hiba mengenangkan nasib diri yang semakin hanyut ditelan arus semasa. Kalau dulunya, arus akan bergerak dari hulu ke hilir. Namun, arus dan aliran ombak kini tidak mengenal erti hulu dan hilir lagi. Menyerang dari semua arah dan menghancurkan apa-apa sahaja yang berada dihadapannya. Bilangan yang terkorban lebih banyak dari yang terselamat. Kalaupun terselamat, ramai yang semakin lemah dipukul ombak besar. Belum reda dengan ombak besar, datang pula taufan Katrina menghempas pantai. Bilangan korban semakin besar. Mangsa yang kehilangan tempat tinggal pula tidak tahu arah tuju dan destinasi. Mengharapkan bantuan dari PBB. Namun, harapan hanya tinggal kenangan sekiranya tiada tindakan diambil. Bersatu dalam mencari sinar. Bersama dalam menghadapi kesusahan.
Walaubagaimanapun, manusia makin mudah lupa. Lupa kepada tempat bergantung. Lalai dalam mengejar dunia. Alpa sehingga tidak sedar bahawa dunia makin sampai ke peghujungnya. Umat Islam ditindas bukan kerana lemahnya agama, tetapi kerana lemahnya ummat. Seikat dan sebatang ranting, mana satu yang mudah dipatahkan? Sebutir dan segenggam pasir, mana satukah yang memberi lebih kesakitan? Soalan yang mudah dijawab tetapi sukar difahami. Kalaupun ada yang memahaminya, tidak ramai orang yang mengambil pelajaran daripadanya. Justeru, dengan tertulis satu warkah ini harapnya dapatlah membakar semangat diri ini dan para pembaca untuk kita sama-sama mencari kembali jalan yang semakin menghilang itu. Bersatu dalam menegakkan kembali kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Semoga dipermudahkan urusan. Harapan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Berjumpa lagi dalam wacana seterusnya.
p/s: bodohnya manusia bukan kerana kelembapannya, tetapi kerana kemalasannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)